Wednesday 9 May 2012

rangcar buggy RoadShow @ Ekspo Beli Barangan Malaysia 6th-10th Jun 2012 @ PWTC


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam 
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan  
Ekspo Beli Barangan Malaysia bermula pada 6 hingga 10 Jun 2012 di 
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)  dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 
malam. Ekspo ini merupakan ekspo kepenggunaan dan dijadualkan akan 
dirasmikan oleh  YAB Perdana Menteri Malaysia pada  7 Jun 2012 
(Khamis), jam 2.30 petang.

Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 akan bertemakan
"Inovasi Buatan 1Malaysia Bertaraf Dunia "
yang akan mengenengahkan produkproduk 
inovatif dalam bidang permotoran, renewable energy, aplikasi dan 
hiburan. Ekspo ini merupakan kesinambungan kepada Kempen Beli 
Barangan Malaysia yang telah dilancarkan semula pada tahun 2009. Ia 
bertujuan menggalakkan pembelian produk dan perkhidmatan  buatan 
Malaysia di samping memberi kesedaran kepada para pengguna 
berkenaan kualiti dan standard produk dan perkhidmatan Malaysia yang 
didapati setanding dengan produk dan perkhidmatan yang diimport. Ia juga 
merupakan usaha berterusan Kementerian untuk meningkatkan 
permintaan domestik terhadap produk dan perkhidmatan tempatan dan 
mengurangkan kebergantungan terhadap produk dan perkhidmatan 
import.



JUMPA ANDA DI SANA!!


No comments:

Post a Comment