Friday 18 May 2012

rangcar buggy RoadShow @ Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 20 Mei 2012 @ Indahpura, Kulaijaya.


 Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 yang akan diadakan pada 17 hingga 20 Mei ini menyasarkan penyertaan 100,000 belia dari seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday berkata, program tersebut anjuran kerajaan negeri bersama Jabatan Belia dan Sukan negeri, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia Johor serta Majlis Belia negeri.

Beliau berkata, program yang diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2012 itu diadakan di beberapa lokasi termasuk Plaza Angsana, Danga City Mall, Dataran Bandaraya, Kompleks Belia dan Sukan negeri serta Johor Premium Outlet di Kulaijaya.

"Penganjuran program itu sebagai menyahut seruan kerajaan dalam memberi laluan dan ruang kepada golongan belia untuk bersama-sama kepimpinan negara dan mengetahui perkembangan dan pembangunan yang berlaku di negeri ini.
"Selain itu, program tersebut juga bertujuan mempromosikan Iskandar Malaysia sebagai destinasi menarik untuk golongan belia melabur, mendiami, bekerja dan beriadah," katanya selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran program berkenaan di sini semalam.
Md. Jais berkata, sebanyak 75 aktiviti daripada 13 segmen dirancang sepanjang berlangsungnya program itu termasuk Karnival Belia Islam Malaysia, Kem Sukarelawan, Program Tanam Pokok, Karnival Jom Centre, sukan permotoran dan pertandingan catur.
"Kami turut merancang mencipta dua rekod dalam Malaysia Book of Records (MBoR) iaitu persembahan J.Robikton tanpa henti selama 26 jam yang dikendalikan Persatuan J.Robik negeri dan mengumpul 30,000 buku yang dikendalikan Persatuan Srikandi Johor," katanya.
Menurutnya, majlis pelancaran Himpunan Belia Iskandar Malaysia 2012 dijadualkan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Plaza Angsana pada 20 Mei ini.
"Pada majlis berkenaan, Anugerah Pemimpin Belia atau Ikon Belia akan diberikan sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap pencapaian golongan belia dalam pelbagai bidang," katanya. - Utusan Malaysia 


Wednesday 9 May 2012

rangcar buggy RoadShow @ Ekspo Beli Barangan Malaysia 6th-10th Jun 2012 @ PWTC


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam 
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan  
Ekspo Beli Barangan Malaysia bermula pada 6 hingga 10 Jun 2012 di 
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)  dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 
malam. Ekspo ini merupakan ekspo kepenggunaan dan dijadualkan akan 
dirasmikan oleh  YAB Perdana Menteri Malaysia pada  7 Jun 2012 
(Khamis), jam 2.30 petang.

Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 akan bertemakan
"Inovasi Buatan 1Malaysia Bertaraf Dunia "
yang akan mengenengahkan produkproduk 
inovatif dalam bidang permotoran, renewable energy, aplikasi dan 
hiburan. Ekspo ini merupakan kesinambungan kepada Kempen Beli 
Barangan Malaysia yang telah dilancarkan semula pada tahun 2009. Ia 
bertujuan menggalakkan pembelian produk dan perkhidmatan  buatan 
Malaysia di samping memberi kesedaran kepada para pengguna 
berkenaan kualiti dan standard produk dan perkhidmatan Malaysia yang 
didapati setanding dengan produk dan perkhidmatan yang diimport. Ia juga 
merupakan usaha berterusan Kementerian untuk meningkatkan 
permintaan domestik terhadap produk dan perkhidmatan tempatan dan 
mengurangkan kebergantungan terhadap produk dan perkhidmatan 
import.



JUMPA ANDA DI SANA!!


Tuesday 8 May 2012

rangcar buggy latest VideoClip

rangcar buggy Latest Model ST4


To all viewer commencing 01/08/2011 our retail price is RM19,890.



TO ALL OUR FRIENDS AND FANS, TQ FOR SUPPORTING US AND THIS VIDEO CLIP IS DEDICATED TO ALL OF YOU....and thank you for watching!