>>For more behind the scene pics<<
Wednesday, 5 September 2012
Saturday, 7 July 2012
rangcar buggy RoadShow
"Ekspo Belilah Barangan Malaysia 6th-10th Jun 2012" PWTC
KUALA LUMPUR, 8 Jun -- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) menunjukkan isyarat bagus ketika melawat pameran Rangcar Buggy selepas merasmikan Ekspo Beli Buatan Malaysia 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Turut kelihatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri).
Pameran lima hari itu akan berakhir Ahad ini dan melibatkan lebih 100 pempamer dan 370 booth.
--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA
Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 20 Mei 2012
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AUTO FAIR (KLIAF) 27 April - 1 May 201
"Dato’ Sri Dr. Erwan Bin Dato’ Haji Mohd Tahir with rangcar"
Wednesday, 27 June 2012
rangcar Latest Model 'ST4 Four Seater'
'Perusahaan Otomobil Lasak Sdn. Bhd.'
is now manufacturing a 4 seater model malaysian made buggies.
"rangcar ST4 four seater" is now available for order,
This latest model 'ST4 four seater' rangcar is very suitable for pleasure and for commecial use, the engine and part are 100% Daihatsu parts and easy maintenance.
for more inquiries call En.Hassan +60124500285 or En.Ahmad +60124500952.
One rangcar, One Family.
Offroad Pleasure Vehicle (OPV)
Friday, 18 May 2012
rangcar buggy RoadShow @ Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 20 Mei 2012 @ Indahpura, Kulaijaya.
Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012
yang akan diadakan pada 17 hingga 20 Mei ini menyasarkan penyertaan 100,000 belia dari seluruh negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday berkata, program tersebut anjuran kerajaan negeri bersama Jabatan Belia dan Sukan negeri, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia Johor serta Majlis Belia negeri.
Beliau berkata, program yang diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2012 itu diadakan di beberapa lokasi termasuk Plaza Angsana, Danga City Mall, Dataran Bandaraya, Kompleks Belia dan Sukan negeri serta Johor Premium Outlet
di Kulaijaya.
"Penganjuran program itu sebagai menyahut seruan kerajaan dalam memberi laluan dan ruang kepada golongan belia untuk bersama-sama kepimpinan negara dan mengetahui perkembangan dan pembangunan yang berlaku di negeri ini.
"Selain itu, program tersebut juga bertujuan mempromosikan Iskandar Malaysia sebagai destinasi menarik untuk golongan belia melabur, mendiami, bekerja dan beriadah," katanya selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran program berkenaan di sini semalam.
Md. Jais berkata, sebanyak 75 aktiviti daripada 13 segmen dirancang sepanjang berlangsungnya program itu termasuk Karnival Belia Islam Malaysia, Kem Sukarelawan, Program Tanam Pokok, Karnival Jom Centre, sukan permotoran dan pertandingan catur.
"Kami turut merancang mencipta dua rekod dalam Malaysia Book of
Records (MBoR) iaitu persembahan J.Robikton tanpa henti selama 26 jam yang dikendalikan Persatuan J.Robik negeri dan mengumpul 30,000 buku yang dikendalikan Persatuan Srikandi Johor," katanya.
Menurutnya, majlis pelancaran Himpunan Belia Iskandar Malaysia 2012 dijadualkan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Plaza Angsana pada 20 Mei ini.
"Pada majlis berkenaan, Anugerah Pemimpin Belia atau Ikon Belia akan diberikan sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap pencapaian golongan belia dalam pelbagai bidang," katanya. - Utusan
Malaysia
Wednesday, 9 May 2012
rangcar buggy RoadShow @ Ekspo Beli Barangan Malaysia 6th-10th Jun 2012 @ PWTC
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan
Ekspo Beli Barangan Malaysia bermula pada 6 hingga 10 Jun 2012 di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari jam 10.00 pagi hingga 9.00
malam. Ekspo ini merupakan ekspo kepenggunaan dan dijadualkan akan
dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 7 Jun 2012
(Khamis), jam 2.30 petang.
Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 akan bertemakan
"Inovasi Buatan 1Malaysia Bertaraf Dunia "
yang akan mengenengahkan produkproduk
inovatif dalam bidang permotoran, renewable energy, aplikasi dan
hiburan. Ekspo ini merupakan kesinambungan kepada Kempen Beli
Barangan Malaysia yang telah dilancarkan semula pada tahun 2009. Ia
bertujuan menggalakkan pembelian produk dan perkhidmatan buatan
Malaysia di samping memberi kesedaran kepada para pengguna
berkenaan kualiti dan standard produk dan perkhidmatan Malaysia yang
didapati setanding dengan produk dan perkhidmatan yang diimport. Ia juga
merupakan usaha berterusan Kementerian untuk meningkatkan
permintaan domestik terhadap produk dan perkhidmatan tempatan dan
mengurangkan kebergantungan terhadap produk dan perkhidmatan
import.
JUMPA ANDA DI SANA!!
Subscribe to:
Posts (Atom)









